Monday 6 March 2017

Ucapan Aluan Pengetua SMK Desa Murni

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya,  laman web rasmi Pusat Sumber Sekolah SMK Desa Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang dapat disempurnakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan laman web yang menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung laman web PSS SMK Desa Murni.

Pembinaan laman web ini adalah seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) semasa dan sejajar dengan cita-cita dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk merealisasikan Pembelajaran Abad 21 ( PA21).  Selain itu, laman ini juga akan menjadi sumber inovasi dan agen transformasi yang penting kepada warga sekolah agar menjadi tempat rujuk kepada informasi yang terkini.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Pusat Sumber atas pembinaan laman web PSS ini, dan saya mendoakan agar semua warga sekolah dapat bersama-sama berusaha ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.
Sekian, terima kasih.
PENGETUA,
SMK Desa Murni, Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.



UCAPAN GURU PERPUSTAKAAN DAN  MEDIA

Selamat Datang ke Blog Pusat  Sumber Sekolah  SMK Desa Murni. Saya selaku guru yang diamanahkan untuk mengurus tadbir Pusat Sumber dan Media SMK Desa Murni mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam merealisasikan impian agar Pusat Sumber dan Media sekolah ini akan menjadi sebuah PSS yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat dan warga sekolah ini. Kejayaan PSS ini adalah berkat kerjasama erat semua dan anda adalah tulang belakang kejayaan ini. Syabas dan tahniah. Terima Kasih!!